- Buah kiwi menjadi kegemaran ramai di Malaysia. Tetapi tidak ramai berpengetahuan dalam memilih buah kiwi yang baik dan cara menyimpan buah kiwi yang telah dibeli.
- Buah kiwi yang baik kualitinya adalah buah kiwi yang dipetik saat buah kiwi itu matang tetapi teskturnya padat. Ini bermaksud apabila kita tekan buah kiwi tersebut dengan jari, buah kiwi tersebut terasa padat tetapi tidak terlalu keras.
- Buah kiwi yang sudah terlalu lembik biasanya buah yang sudah rosak dan busuk. Buah kiwi akan menjadi lebih manis jika kita biarkan ia ranum dan matang pada suhu persekitaran.
- Cara menyimpan buah kiwi juga amat penting dalam menjaga kandunagn gizi dan zat yang terkandung dalam buah kiwi.
- Jika kita beli buah kiwi yang sudah masak sepenuhnya, ia tidak sesuai disimpan. Ini disebabkan buah kiwi yang sudah masak sepenuhnya cepat busuk jika disimpan.
- Jika anda membeli buah kiwi yang belum matang atau separa matang anda boleh menyimpan buah kiwi tersebut di dalam tempat anda menyimpan beras. Ini akan menyebabkan buah kiwi tersebut matang dengan sempurna dan rasanya lebih manis berbanding jika kita simpan di dalam peti sejuk.
Friday, 29 July 2011
Memilih dan menyimpan buah kiwi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment