- Buah kiwi tampak kecil tetapi mempunyai gizi dan khasiat yang sangat banyak.
- Fakta yang mengejutkan ramai orang iaitu buah kiwi yang kecil ini mempunyai kandungan khasiat yang lebih tinggi berbanding buah limau,pisang dan juga anggur. Ini menurut kajian yang dilakukan Dr. Paul La Chence yang ditulis di dalam buku Journal of The American College.
- Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi lebih tinggi berbanding yang boleh kita perolehi daripada buah limau. Asid askorbik yang ada dalam buah kiwi boleh menghindarkan kita daripada demam dan sengal-sengal sendi.
- Buah kiwi dikatakan boleh meningkatkan sistem immuniti badan seseorang. Buah kiwi juga telah terbukti boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi dan mendorong perkembangan otak bayi.
- Vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi juga dapat meningkatkan fungsi pembuluh darah. Buah kiwi mengandungi serat yang tinggi. Kandungan serat yang tinggi ini bertindak dalam mengawal kandunagn gula dalam darah yang sangat baik untuk pesakit diabetes.
diadaptasi daripada Journal of The American College


No comments:
Post a Comment