Powered By Blogger

Friday, 29 July 2011

Buah kiwi dan kecantikan




Buah kiwi bukan sahaja enak dimakan dan memberi pelbagai nutrisi kepada tubuh badan malahan buah kiwi juga boleh bertindak sebagai agen kecantikan. Menurut buku "Health Secret of Kiwifruit" kandungan vitamin E yang tinggi dalam kiwi mampu melembapkan kulit, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit lebih lembut. Kiwi boleh dijadikan masker.

Masker kiwi untuk kulit kering

Campurkan dalam satu sudu makan jus kiwi, 1 sudu minyak zaitun, dan 1 kuning telur. Sapukan semua bahan yang telah dicampurkan ke seluruh muka. Biarkan selama 15 minit. Selepas itu cuci dan lihatlah hasilnya. Masker ini dapat melancarkan darah, melicinkan dan menegangkan kulit.

Masker untuk pembersih muka

Hancurkan sebiji buah kiwi hijau lalu lumurkan ke seluruh wajah. Jika kulit terasa tegang itu bererti kandungan asid organik dalam kiwi sedang bekerja. Basuk muka selepas 15 minit. Kemudian cucilah guna pencuci muka yang biasa anda gunakan. Kaedah ini dapat membersihkan kulit dan menutup liang-liang di muka.

Masker untuk membuang kulit mati

Kisar 5-6 biji buah strawberi, 1 biji buah kiwi, 1/2 mentimun yang sudah dukupas kulitnya. Kisar sehingga separa hancur. Sapukan kepada muka dan leher. Basuh denagn air suam dan lihat hasilnya. Kaedah ini boleh membersihkan dan nmenyegarkan kulit.


diadaptasi daripada Health Secret of Kiwifruit





Memilih dan menyimpan buah kiwi

  • Buah kiwi menjadi kegemaran ramai di Malaysia. Tetapi tidak ramai berpengetahuan dalam memilih buah kiwi yang baik dan cara menyimpan buah kiwi yang telah dibeli.
  • Buah kiwi yang baik kualitinya adalah buah kiwi yang dipetik saat buah kiwi itu matang tetapi teskturnya padat. Ini bermaksud apabila kita tekan buah kiwi tersebut dengan jari, buah kiwi tersebut terasa padat tetapi tidak terlalu keras.
  • Buah kiwi yang sudah terlalu lembik biasanya buah yang sudah rosak dan busuk. Buah kiwi akan menjadi lebih manis jika kita biarkan ia ranum dan matang pada suhu persekitaran.
  • Cara menyimpan buah kiwi juga amat penting dalam menjaga kandunagn gizi dan zat yang terkandung dalam buah kiwi.
  • Jika kita beli buah kiwi yang sudah masak sepenuhnya, ia tidak sesuai disimpan. Ini disebabkan buah kiwi yang sudah masak sepenuhnya cepat busuk jika disimpan.
  • Jika anda membeli buah kiwi yang belum matang atau separa matang anda boleh menyimpan buah kiwi tersebut di dalam tempat anda menyimpan beras. Ini akan menyebabkan buah kiwi tersebut matang dengan sempurna dan rasanya lebih manis berbanding jika kita simpan di dalam peti sejuk.






Hidangan dan Buah kiwi

Buah kiwi bukan sahaja boleh dimakan secara mentah tetapi pelbagai jenis makanan yang kita boleh masukkan buah kiwi.

PUDING KIWI



Bahan:
  • 150 ml susu cair putih
  • 2 buah kiwi, ambil isi buahnya dan kisar kasar
  • 100 gram gula pasir
  • 7 gram (1 bungkus) agar-agar warna putih
  • 1 buah kuning telur
  • garam secukupnya

Cara Membuat Puding Kiwi
  • Sediakan acuan puding mengikut kemahuan kita dan basahi permukaan acuan tersebut degan air.
  • Gaulkan semua bahan
  • Didihkanbahan yang digaul tadi diatas api kecil
  • Setelah mendidih, angkat dan masukkan ke dalam cetakan puding
  • Tunggu sehingga keras, baru keluarkan dari cetakan dan disajikan.


Khasiat dalam buah kiwi



 
  • Buah kiwi tampak kecil tetapi mempunyai gizi dan khasiat yang sangat banyak.
  • Fakta yang mengejutkan ramai orang iaitu buah kiwi yang kecil ini mempunyai kandungan khasiat yang lebih tinggi berbanding buah limau,pisang dan juga anggur. Ini menurut kajian yang dilakukan Dr. Paul La Chence yang ditulis di dalam buku Journal of The American College.
  • Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi lebih tinggi berbanding yang boleh kita perolehi daripada buah limau. Asid askorbik yang ada dalam buah kiwi boleh menghindarkan kita daripada demam dan sengal-sengal sendi.
  • Buah kiwi dikatakan boleh meningkatkan sistem immuniti badan seseorang. Buah kiwi juga telah terbukti boleh mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bayi dan mendorong perkembangan otak bayi.
  • Vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi juga dapat meningkatkan fungsi pembuluh darah. Buah kiwi mengandungi serat yang tinggi. Kandungan serat yang tinggi ini bertindak dalam mengawal kandunagn gula dalam darah yang sangat baik untuk pesakit diabetes.


diadaptasi daripada Journal of The American College

Thursday, 28 July 2011

Coretan salasilah buah kiwi

<> 
Buah kiwi

  • Ramai dalam kalangan kita yang menggemari keunikan rasa buah kiwi. Tetapi hanya segelintir yang mengetahui tentang sejarah dan salasilah buah kecil yang unik ini. Sebelum bercerita tentang sejarah kiwi yang enak ini elok kita berkongsi tentang jenis buah kiwi ini.
  • Sebenarnya buah kiwi mempunyai dua jenis iaitu kiwi hijau dan kiwi emas. Kiwi hijau sering kita dapati di pasaran tempatan. Terlalu jarang kiwi emas dijual di pasaran tempatan. Kedua-dua jenis ini tidak banyak perbezaan daripada segi kandungan nutrisi tetapi mempunyai perbezaan dari segi rasa dan rupa.

<> 
Buah kiwi hijau

<> 
Buah kiwi emas

  • Buah kiwi sebenarnya mempunyai sejarah yang sangat menarik. Buah yang mempunyai keenakan rasa dan kandungan nutrisi yang tinggi ini berasal daripada negeri China yang dikenali sebagai Yang Tao.

  •  Buah kiwi telah dibawa masuk ke New Zealand pada sekitar awal abad ke 20. Pada sekitar tahun 1960 nama buah kiwi ditukar daripada Yang Tao kepada Chinese Gooseberries.

  • Kemudiannya keenakan rasa buah kiwi telah dirasai hingga ke Amerika Syarikat. Buah kiwi mendapat sambutan di dalam pasaran Amerika Syarikat.

  • Nama Chinese Gooseberries ditukar kepada kiwi sebagai penghargaan kepada burung tempatan New Zealand iaitu spesies burung kiwi yang berwarna coklat dan berbulu halus yang menyerupai kulit buah unik ini.

  • Sekarang Itali, New Zealand, Amerika Syarikat, Chile dan Jepun antara pengeluar secara komersial buah kiwi ini.